? ??????????????Blue Graffiti? ????? ?? ???Rating: 4.7 (46 Ratings)??67 Grabs Today. 10940 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Paradismal? ????? ?? ???Rating: 4.8 (40 Ratings)??67 Grabs Today. 17005 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????E BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Mutiara Kata Nabi Muhammad

Tamadun Firaun : sejarah & iktibar

Assalamualaikum pembuka bicara kepada sahabat2 blogger sekalian.....


terlebih dahulu saya memanjatkn kesyukuran kepada Allah atas nikmatnya yang tidak terhitung bilangan nya....tidak terucap lisan ini untuk mensyukuri atas segala rahmat dan kurniaan nya...nikmat iman dan islam yang sy kecapi sekarang merupakan seagung2 kurniaan nya....diri yang lemah dan serba kekurangan ini di pilih oleh nya utk menjadi sorang muslim dam mukmin...

benarlah firman Allah S.W.T...



Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, Walaupun Kami tambahi lagi Dengan lautan Yang sebanding dengannya, sebagai bantuan ( surah Al-kahfi: 109)

sahabat2 yang di kasihi Allah....

setelah terlalu lama menunggu saat dan ketika untuk memulakan post yang pertama ini sejak mnjijak kan kaki di bumi 'ardil kinanah' ini....akhirnya terdetik hati ini untuk berkongsi "khibrah" (pengalaman) dan juga ilmu yang Allah berikan...sepanjang saya melalui detik2 manis dan duka di bumi mesir ini....

kadang2 perasan dan hati ini bertanya dan bermonolog sendirian...mengapakah aku di tempatkn oleh mu di bumi mesir ini ??....adakah di sana ada hikmah yang tersembunyi.......maka persoalan2 yg berlegar di fikiran ku ini telah di jawab satu persatu....setelah 10 bulan berada di sini..

kita sorot kembali sejarah ketamadunan mesir bermula di zaman pemerintahan firaun...yang melonjakkan mesir di antara tamadun yang cukup hebat...samada dari segi ekonomi ataupun teknologi dan kemahiran mereka membina bangunan....


pyramid merupakan nama yang cukup megah dan sinonim dengan negara mesir...ia menjadi simbol kemasyhuran mesir dan tarikan pelancong ke mesir....keagungan struktur binaan nya menunjukkan kepada manusia betapa hebat nya teknologi dan kekuatan manusia pada zaman tersebut sehingga takabbur dan sombong akan keagungan Allah....

sehingga mengaku diri nya sebagai tuhan...itu lah firaun pemerintah yang lupa diri dan asalnya...kisah nya boleh lah sahabat2 ketahui di dalam surah Toha...yang menceritakan bagaimana perjalanan dakwah Nabi Musa a.s. dan sudaranya Nabi Harun a.s. untuk mengeluarkan pemerintah dan rakyat pada zaman tersebut daripada kegelapan jahiliah kepada kecerahan cahaya Islam...daripada menyembah manusia sesama manusia kepada menyempah Allah yang satu....

sangat tepat lah kata-kata rabie' bin amir , al-muhgirah bin syu'bah dan safwan...ketika bertemu Panglima perang parsi Rustam dengan penuh kekentalan iman dan jiwa...di dalam peperangan qadisiah..." sesungguhnya Allah menghantar kami kaum muslimin kepada kamu dengan bertujuan utk mengeluarkan kamu diri kamu dari menyembah dan mentaati manusia sesama manusia kepda menyembah Allah yang satu, dri kesempitan dunia kepda keluasannya, dari kezaliman agama mu kepada keadilan islam...maka telah di utuskn kepadamu seorang rasul yang membawa risalah dan agama yang benar iaitu islam kepada seluruh makhluk yang bernama manusia..oleh kerana itu, sesiapa yg menerima dan mengakui kebenaran islam daripada kami maka kami menrima kamu sebgai saudara seislam dan kami akan kembali semula ke tanah air kami strusnya meninggalkan kamu utk mentadbir negara kamu atas lunas2 islam....akan tetapi, sesiapa dalam kalangan kamu yang enggan dan ingkar maka peperangan adlah selayaknya bagi kamu sama ada kejayaan kami perolehi ataupun syahid yang kami impikan menjadi kenyataan"

ayyuhal ikhwatul afadhil....

kisah-kisah umat yang terdahulu perlu di ambil pengjaran dan iktibar yg sbaik nya bagi smua umat manusia...akal yang dia berikan...qudrat dan kekuatan yg dia kurniakan....oksigen yang memnjangkan hayat kita di atas muka bumi Allah ini merupakan ELAUN dari nya...supaya kita dapat menjalankan kerja2 dan perintah nya ....dia merupakan MAJIKAN YANG MUTLAK di atas muka bumi ini....kita umpama PEKERJANYA yang sentiasa melksanakan tugas yang di amanahkan buat kita di atas muka bumi ini...pahala dan gnjaran umpama GAJI yang dia janjikan atas setiap tugas yang di laksanakan semata-mata kerananya....

kisah yang tercatat di dalam quran ini bukan sekadar 'history' semata2..akan tetapi di dalam nya ada pengajran bagi insan yang mempunyai akal...'ulil nuha' 'ulil albab'...saya teringat satu qaedah di dalam ulum quran yang menyebut "العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب" maksudnya : penngajran dan iktibar sesuatu ayat Al-quran adalah pada umum lafaz dan maksudnya bukan pada sebab ia di turunkan.

oleh kerana itu...sejarah keangakuhan dan kesombongan pemimpin sperti firaun akan berulang semula dalam pelbagai bentuk dan segi..membelakangkan hukum dan perintah Allah...mendahulukan akal dan hawa nafsu dalam pemerintahan..lebih parah dari itu...mengahalalkan yang di haramkan oleh Allah serta mngharamkan perkara yang di halalkan oleh nya...sungguh keji perbuatan pemimpin yang sebegini....firaun dan bala tentera nya telah di tenggelamkan oleh Allah...akan tetapi anak cucu dan keturunan yang mewarisi sifat dan kezaliman nya dengan membelakangi hukum Allah tetap wujud mengikut zaman ....maka tidak lain dan tidak bukan ulama sebagai pewaris para nabi...yang mewarisi risalah dan ajran nya perlu mencegah kebobrokan pemimpin sperti ini...

Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad), sebahagian dari kisah-kisah umat manusia Yang telah lalu; dan Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadaMu, dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran Yang menjadi) peringatan. (surah toha : 99)


Isteri kedua

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.


"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…


Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!

Halwa Telinga