? ??????????????Blue Graffiti? ????? ?? ???Rating: 4.7 (46 Ratings)??67 Grabs Today. 10940 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Paradismal? ????? ?? ???Rating: 4.8 (40 Ratings)??67 Grabs Today. 17005 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????E BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Mutiara Kata Nabi Muhammad


RENUNGKAN BAGAIMANA KITA MEMBALAS JASA IBU
------------------------------------------

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita
Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan
berzat untuk kita
Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon
Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari

Raya
Kita membalas budinya dengan  mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam
lopak

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah
Kita membalas budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH"

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen,
membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll
Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih,
setiap kali Ibu menghantar kita

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak
Kita membalas budi Ibu, dengan menendang  bola dan memecahkan cermin

tingkap rumah jiran kita

Semasa kita berumur  12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak
terlalu banyak menonton TV
Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu
keluar dari rumah

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang
kurang sopan
Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE"

Apabila  kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat
dan baru balik bekerja sehari suntuk
Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di

dalam bilik

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis
gembira
Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut
malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan

Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak
untuk menhantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih
sayang- sampai ke hostel kita
Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm
takut malu dilihat kawan-kawan

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin-

kita ada boyfriend/girlfriend ke?
Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- " Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun,  Ibu bertanya apa cita-cita kita
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam
ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan
tinggal dirumah sendiri- Ibu membelikan  baju untuk kita memulakan
kerja baru
Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu
tidak cantik kerana Ibu yang belikan
Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga- Ibu menangis
gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita

Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre  jauh dari Ibu

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat
tentang penjagaan bayi- anak kita
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain
Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis
kenduri di kampung
Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- " saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan
dan kasih sayang
Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan

membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan
terpaksa balik segera

Dan kemudian , pada suatu  hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah
kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

Ingat--- selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu--- dan
jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

Musibah & Nikmat

Musibah dan kenikmatan kedua-duanya adalah cubaan dari Allah agar manusia


sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah. Manusia mempunyai sifat yang

berbeza terutama dalam menghadapi kesusahan musibah,malapetaka,

kesenangan dan kenikmatan.

  • Ada golongan manusia yang ingkar bahawa kenikmatan dan malapetaka itu
datang-nya dari Allah sebagai ujian. Mereka berkata gempa bumi,banjir,

hama,kebakaran, angin taufan, semua itu adalah bencana alam,alamiah dan

bukan dari Tuhan. Apabila kesulitan yang menimpa diri mereka telah pulih

kembali dan berakhir seperti sakit sekian lama kemudian sembuh,miskin

kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti sembuh,miskin kemudian menjadi

kaya dan berakhir seperti itu juga. Namun mereka tetap kufur terhadap

pemberi kenikmatan dan rahmat dari Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman)sama sahaja kepada

mereka,sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri

amaran,mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka) Allah

meteraikan atas hati mereka serta pendengaran mereka ada penutupnya,dan

bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar." (Al-Baqarah 2:6-7)

  •  Golongan kedua ialah orang-orang yang kurang yakin dalam keimanannya,
Ketika dia memperolehi nikmat daripada Allah kerana apabila mereka mendapat

cubaan yang berbentuk musibah dan malapetaka,mereka ingkar kepada Allah.

Sembahyang dan puasa ditinggalkan. Firman Allah SWT: "Dan diantara manusia

yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap,iaitu kalau

ia beroleh kebaikan,senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula ia

ditimpa kesusahan berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya) (Dengan

sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat,itulah kerugian yang terang

nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah,yang

tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan

kepadanya,

itulah kesesatan yang jauh terpesong."(AlHajj22:11-12)

Orang yang demikian apabila memperolehi kekayaan,dia akan berasa

sombong,kedudukan yang ada digunakan untuk kepentingan sendiri dan apabila

memperolehi ilmu pengetahuan digunakan untuk merugikan orang lain. Hal itu

akan terjadi sekiranya semua yang diperolehinya dengan jalan yang tidak

wajar. Firman Allah: "Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia

ditimpa kesusahan maka jadilah ia seorang yang sangat berputus asa.lagi

sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah)." (Surah

Fussilat 41-49)

"Dan demi sesungguhnya!Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat

dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya,kedapatan dia

sangat-sangat berputus asa,lagi sangat-sangat tidak bersyukur." (SuraH Hud 11:9)

  • Golongan ketiga ialah orang-orang yang apabila mendapat kesulitan,
musibah, mala petaka,kemiskinan mereka mengingat Allah Tetapi setelah

memperolehi kenikmatan mereka lupa kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesu-sahan, merayulah ia kepada Kami

(dalam segala keadaan) samaada ia sedang berbaring, duduk atau berdiri dan

manakala Kami hapuskan kesu-sahan itu daripadanya,ia terus membawa cara

lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan

sebarang kesusahan yang menimpa." (Yunus 10:12)

  •  Golongan yang keempat ialah orang-orang yang apabila memperolehi
kenikmatan lupa kepada Allah,tetapi apabila ditimpa musibah ingat Allah.

"Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia,berpalinglah dia serta

menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia ditimpa kesusahan maka ia

berdoa merayu dengan panjang lebar." (Fussilat 41-51) Dia tidak mengenal

Allah dan tidak memerlukan Allah tetapi apabila ditimpa kematian ketua

keluarga secara mengejut,mereka sibuk memanggil orang-orang untuk membaca

Al-Quran dirumahnya. Sebelum itu tidak pernah ada orang yang mengaji

Al-Quran dirumahnya.

  • Golongan yang kelima ialah orang yang beriman dengan penuh keyakinan.
Apabila memperolehi kenikmatan dia bersyukur dengan ucapan dan

perbuatannya.

Apabila ditimpa malapeta atau kesusahan dia tetap bersabar.

Imannya,ibadahnya dan akhlaknya tidak mudah terpengaruh baik senang ataupun

susah.

Demikianlah lima sifat golongan manusia dalam menghadapi ujian dari

Allah.Kebanyakan mereka mengelabah dan akhirnya tewas dalam ujian dari

Allah.Bahkan kebanyakan merasakan bahawa apa yang berlaku pada dirinya

bukan

dari Allah, dan dengan itu mereka lupa memohon pertolongan Allah,berlindung

denganNya.Bahkan mereka menyingsing lengan,mengerah tenaga dan hawa nafsu

untuk menghadapi ujian tersebut.

EMPAT GOLONGAN MANUSIA

Sedarkah kita bahawa jika direnungkan ada empat golongan manusia dalam

hubungan dengan masyarakatnya:

1.Orang yang baik,tetapi kebaikan itu hanya untuk dirinya sendiri sahaja.

2.Orang yang jahat,tetapi kejahatannya merosakkan dirinya sahaja.

3.Orang yang baik dan berusaha agar orang lain juga baik.

4.Orang yang jahat dan selalu berusaha merosakkan orang lain dalam masyarakat.

Kata pepatah,jika kita tak boleh menjadi garam yang boleh menyelamatkan

ikan

dari busuk,maka janganlah menjadi lalat yang merosakkan ikan. Kita

digolongan mana? Jika kita tak boleh berbuat baik dalam

masyarakat,janganlah

rosakkan orang lain yang berbuat baik pada masyarakat.



"Reach for the stars, keep your feet on the ground and be His faithful servant"



Rahsia Syaitan Yang Terbongkar

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikirkepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yangbermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas)."

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau), dimanakah tempat bagiku berkumpul?."Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah dipasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam,pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan merekacerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allahs.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"

5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?".Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat AlQuran)kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku?." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan,(seperti gincu,tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yangbermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."FirmanAllah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah."

10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah."

Dajjal Makhluk Yang Muncul Di akhir Zaman

Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.

Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi ke rumah Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah; "Apa khabar kamu semua", jawab kami "Baik", tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?. Jawab Rasullullah; "Bukan dajjal yang mengkhutirkanku terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya. Danjika dia muncul, sedangkan aku tidak berada disamping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim".

Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet, aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antarakamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surahAl-Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Laludia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!.

Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?", jawabRasullullah : "Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun,satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang". Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. Berapakah kecepatannya di bumi ?" jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin.

Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya,lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya. Diperintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang,ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup makan.

Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka.Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka. Kemudian katanya; "Keluarkan perbendaharaanmu!" maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.

Kemudian dipanggilnya seoarang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauhanak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubh yang terbelah itu kembali, diadatang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa.

Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan akan turun,dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan daripadanya biji-bijik perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapayang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal. Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), laludibunuhnya Dajjal tersebut.

Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal.Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya di syurga.Allah mewahyukan kepada Isa a.s. "Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit", lalu Allah Taala mengeluarkan Ya'juj dan Ma'juj.

Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telagaThiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut. Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, kata mereka; "Sesungguhnya dahulu ada air di sini".Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini(kerana kekurangan makanan).

Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga AllahTaala menghancurkan Ya'juj dan Ma'juj. Maka Allah s.w.t mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya.

Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. nabi Isadan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu. Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ketempat yang diperintahkan Allah s.w.t.

Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liatdan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca,kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; "Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!"
Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk orang sekampung, susu sesekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga terdekat.

Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memasuki ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim. Maka tinggal orang-orang jahat belaka,mereka bercampur baur seperti kaldai, maka dengan itu terjadilah hari kiamat.

Dipetik dari buku "Himpunan Cerita-Cerita Wanita dan Laki-Laki DalamAl-Quran dan Hadis", Jilid 1, ms. 52. © Hakcipta Terpelihara 1991, SyarikatNurulhas.

Halwa Telinga

Powered By Blogger